RSS

Tuesday, 15 December 2015

MTE3012- KOMPETENSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni saya nak cerita macam mana wujudnya blog saya.. Sebenarnya blog ni salah satu assignment untuk kursus MTE. Saya rasa nak kongsi serba sikit mengenai kursus ni....

Saya mulakan dengan memperkenalkan Pensyarah yang banyak menolong saya dalam kursus ni..

Nama : En. Hafizul Fahri bin Hanafi

Beliau seorang Pensyarah yang berjiwa pelajar. Seorang yang tegas dan menepati masa. Beliau banyak membantu kami menguasai kursus ni. Terima kasih Sir untuk 14 minggu Sir mengajar kami. Saya dari kosong mengenai kursus ni, Alhamdulillah... dengan perkongsian ilmu yang Sir bagi Inshaallah saya akan kongsikan dengan pelajar saya kelak.


Nak tahu apa yang kami sama-sama belajar dalam kursus ni, memamg menarik....

1. AUTOMASI PEJABAT

Tugasan 1(a) : Pemprosesan Perkataan
(membuat sijil)

Tugasan 1(b) : Lembaran Kerja
( menyediakan rekod untuk  memasukkan Markah Peperiksaan Akhir Tahun Pelajar)

2. INTERNET DAN PENGURUSAN MAKLUMAT

Blog dibawah tugasan ni

Membuat Blog Peribadi

3. PENGEDITAN IMEJ, AUDIO DAN VIDEO


Sunday, 13 December 2015

MY CONVOCATION DAY

Lepas update blog semalam, tetiba hari ni teringat. Saya tak update lagi pasal konvo saya hari tu.. Hari nie saya nak kongsikan pengalaman konvo pertama saya di UPSI....

Akhirnya penat lelah suka duka selama hampir tiga tahun terbayar juga setelah tibanya hari konvo UPSI... Apa perasaan saya masa tu???? Mestilah gembira walaupun keluarga saya tak dapat datang tapi Alhamdulillah ada juga yang sudi merai kejayaan ini. Terima kasih ayah, ibu, ude dan zeeyad...sebab sudi datang meraikan husna... Dengan adanya kalian rasa sedih tu terasa kurang.


Merasa juga memakai jubah konvo




Orang terpenting sekali
Saya akan pastikan 4 tahun akan datang kejayaan itu bakal saya kongsikan dengan ahli keluarga tercinta.... Sesungguhnya ma... bapak.. kejayaan kakak hari ini dan seterusnya adalah khas buat kalian.... Ya Allah..berilah peluang kepada hamba untuk membalas jasa kedua orang tua ku.

Tidak lupa juga kepada para sahabat Sains Pertanian yang datang merai. Sesungguhnya kalian sahabat-sahabat yang sangat memahami. Iman sayang korang. Muaaahhhhh.....
Ibu Ayah terima kasih sebab sudi datang



Rakan Diploma ku




COLOUR RUSH CHARITY RUN

PROGRAM AMAL 13 DISEMBER 2015

'COLOUR RUSH CHARITY RUN '



Hari nie seronok sangat sebab hari Ahad terisi dengan perkara yang berfaedah. Takdelah rasa buang masa hujung minggu asyik tidur je. Program berlari sambil beramal merupakan pertama kali saya sertai. Walaupun pengalaman pertama tapi sangat seronok dan memberi faedah bukan sahaja membuang peluh tetapi dapat mengeratkan ukhwah antara mahasiswa yang lain.

Sebelum nie, masa diploma belum pernah lagi UPSI mengadakan program sebegini. Saya berharap program seperti ini akan diadakan setiap tahun. Dengan adanya program macam ni kita dapat membantu mereka-mereka yang memerlukan.. Bahkan, kita dapat mengisi hujung minggu dengan perkara berfaedah.


Jom tengok gambar sepanjang program hari nie....



Rakan-rakan yang bersama saya
Bersama anak-anak yatim
Berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa