Yang ni pulak saya nak cerita pasal lawatan minggu lepas ke Muzium Geologi di Ipoh. Dalam banyak-banyak lawatan, saya paling kagum lawatan ke muzium Geologi.
Sebab apa?????? Meh saya kongsi sikit. Tak banyak la..Kalau nak tau banyak lagi..Anda pergi sendiri...
Jom mulakan dengan sejarah dulu....
Muzium Geologi ini ditubuhkan pada tahun 1957 bagi menyimpan spesimen-spesimen rujukan hasil dari kajian geologi yang dijalankan oleh pihak jabatan yang pada dahulunya dikenali dengan nama Jabatan Penyiasatan Kajibumi. Hasil dari proses naik taraf yang dijalankan pada tahun 2009, muzium geologi kini berwajah baru dengan menempatkan hampir 700 spesimen batuan berserta hasil kajian Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Muzium bertaraf lima bintang ini kerapkali menjadi pusat rujukan para peminat batuan berharga (semi precious stone) dan para pengkaji khasnya ahli-ahli geologi dari segenap pelusuk dunia.
Selain hasil pameran yang menarik, senibina bangunan era kolonial yang didiami oleh muzium geologi ini turut menjadi perhatian dan tumpuan para pelancong ke negeri Perak. Bangunan yang dibina sekitar tahun 1956 ini turut menempatkan pusat operasi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG) iaitu antara jabatan tertua yang ditubuhkan semenjak zaman pemerintahan British di Malaya. Perak.
![]() |
Ni papan tanda Muzium, menarikkan.Lagi menarik apa yang ada di dalamnya |
Apa yang saya nak kongsi kat sini pasal arang batu.....
Kenapa saya nak kongsi sebab arang batu ni terdapat di negeri kelahiran saya iaitu Sarawak...
![]() |
Ni pasal arang batu |
0 comments:
Post a Comment