RSS

Wednesday, 11 November 2015

TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM

Assalamualaikum semua....

Dah beberapa hari tak update blog ni.Nak update la sikit.Kali ni nak update pasal lawatan ke Taman Botani Negara Shah Alam pulak. Semester ni, saya rasa sangat bertuah sebab banyak sangat diberi peluang untuk mengadakan lawatan sambil belajar. Lawatan ke TBNSA ni untuk kursus Agribotani pulak. Kursus ini membawa 3 jam kredit dan salah satu kriteria pemarkahan keseluruhan adalan dengan menyertai lawatan ini.Lawatan ini membawa 10% marakah, so memang wajib kami menyertai lawatan ini

Lawatan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada kami mengenali morphologi daun, pokok, akar dan yang berkaitan dengan agribotani. Saya rasa korang mesti x asing dalam benda ni..sebab siapa yang latar belakang pendidikan sains..pasti tahu.

Sebenarnya saya nak kongsi apa yang menarik di TBNSA ialah Rumah Sederhana Iklim 4 Musimnya.

Di Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM) anda berpeluang merasai suasana empat musim seperti berada di negara beriklim empat musim. Musim di RISEM akan berubah setiap tiga bulan. (Sila rujuk jadual musim Kutub Utara). Saksikan keindahan panorama di samping kepelbagaian bunga-bungaan di sini.


BULAN
KUTUB UTARA
KUTUB SELATAN
MUSIM
Disember - Februari
Mac – Mei
Jun – Ogos
September - November
Salji
Bunga
Panas
Luruh
Panas
Luruh
Salji
Bunga






Antara suasana di RISEM

0 comments:

Post a Comment