RSS

Thursday, 5 November 2015

DEGREE KU SAINS PERTANIAN

Ijazah Ku  Dalam Bidang Sains Pertanian 

Alhamdulillah. Setelah setahun menunggu akhirnya aku berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah pulak di Universiti yang sama iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak. Orang selalu persoalankan, kenapa nak menceburi bidang sains pertanian? Apa kelebihannya bidang tu? Apa pun orang kata, aku tetap berpegang pada prinsip " Berbudi pada tanah, berbakti pada masyarakat" Di situ kelebihan orang yang menceburi bidang ini dan hanya mereka je yang tahu.

Setelah hampir dua bulan menceburi bidang ini, banyak benda baru yang aku pelajari. Salah satunya kursus Tanaman Hiasan dan Landskap. Aku nak kongsi sikit apa yang aku belajar dalam kursus ni. Pada tanggal 30 Oktober 2015, aku dan rakan-rakan berpeluang melawat ke Cameron Highland. Apa kaitan kursus Tanaman Hiasan dan Landskap dengan Cameron Highland kan? Sebenarnya tujuan utama lawatan untuk adalah untuk melihat seni bina landskap, hardscape, softscape dan lain-lain lagi. Jujur aku cakap, selama ini aku hanya kagum melihat keunikan seni bina landskap yang sedia ada tanpa mengetahui disebalik keunikan seni bina landskap penuh dengan cabaran dalam menyediakan. Aku berharap sangat suatu hari nanti aku dapat menceburi bidang landskap dengan lebih mendalam lagi. Insyaallah dalam master pulak kan.


Aku nak share sikit tempat-tempat yang kami lawat sepanjang 3 hari 2 malam di Cameron Highland.



Ladang Kc Kwang
Kat Ladang Teh ( Bharrat Tea )








0 comments:

Post a Comment